Sejak dia menerima sokongan dan pujian daripada guru tadikanya minat Cicak dalam bidang seni dan lukisan tidak pernah pudar. Ketika zaman remaja dia turut meminati permainan komputer tetapi di mana sahaja dia terlihat ruang kosong di buku-buku kertas dan majalah pasti akan diisinya dengan lakaran-lakaran indah. Pada usia 19 tahun ketika masih belajar di Akademi The One dalam bidang Fine Arts dia melatih teknik lukisan komiknya bersama teman-teman. Kerana itu dia terus bekerja bersama-sama dengan penerbit komik tempatan sebaik sahaja menamatkan pengajian. Dia berkarya selama 4-5 tahun bersama syarikat tersebut dan pada masa yang sama dia turut bekerja sambilan dengan Art Square Group yang menerbitkan karya-karyanya di dalam majalah Gempak Utopia dan Comic King. Bakat serta kreativitinya menyebabkan dia berjaya melibatkan diri dalam projek-projek berkaitan komik di syarikat permainan komputer selalu concept artist.
Dari lukisan krayon hinggalah ke komik yang dihasilkan bakatnya memang tidak dapat dinafikan. Kemahirannya diasah sejak di bangku sekolah lagi dan kini karya komik beliau boleh didapati di pelbagai majalah.
* Rekaan watak bagi Hotlink Warriors II
* Tercalon di Oriental Animation & Comic Competition (OACC) 2005 di Beijing bagi kategori Ilustrasi.
* Finalis bagi Morning International Manga Competition (M.I.M.C) 2007.
Email: redcode77@hotmail.com
Blog: redcodespace.blogspot.com