Dilahirkan di Pahang Darul Makmur pada Tahun Arnab Leong Wan Kok lebih terkenal di persada komik negara sebagai Puyuh. Kini menetap di Kuala Lumpur beliau telah menonjolkan bakat seninya sejak di usia muda lagi. Malah di usia 20-an beliau boleh berbangga dengan puluhan karyanya di dalam buku-buku komik ilustrasi serta produksi permainan (rekaan watak).
Pada tahun 1996 melalui karya-karyanya yang pelbagai Leong Wan Kok menjadi salah-seorang kartunis yang paling dikehendaki dan mula berkarya untuk syarikat tempatan serta luar negara.
Dekad seterusnya menyaksikan beliau terus mengukuhkan empayarnya di dalam industri komik ilustrasi dan ukiran di samping menambahkan koleksi permainan figura watak serta buku seni yang merupakan hobinya. Usaha gigihnya membuahkan hasil apabila beliau terpilih sebagai salah-seorang daripada dua kartunis yang mewakili Malaysia ke fiesta komik "Asia in Comic" di Tokyo Jepun. Beliau turut terpilih sebagai pemenang di dalam cgtalk.com
Puyuh dikenali oleh para peminat melalui novel grafik seramnya "Dari Alam Angker." Bagaimanapun perjalanan kerjayanya telah pun bermula kira-kira sedekad lalu dengan penghasilan komik serta illustrasi dan lakaran watak untuk permainan video. Beliau amat terkenal kerana rekaan raksasanya serta gaya mewarna yang tersendiri. Beliau turut menghasilkan koleksi illustrasi yang berjudul "Astro Cityzen."
Pengumpul dan peminat alat permainan dan komik ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan ilustrasi serta rekaan watak bagi permainan. Beliau juga mencipta nama selaku pelukis komik seram yang aktif.
* Karya : Dari Alam Angker Astro Cityzen Twisted Mind of Puyuh
* Pemenang di MSC Malaysia Digital Comic Design Multimedia Development Corporation MDEC 2008.
Email: pkok@1000tentacles.com
Website: http://www.1000tentacles.com/